Tuesday 14 June 2011

PERAKAUNAN ISLAM DAN KONVENSIONAL


PERBEZAAN ANTARA PERAKAUNAN ISLAM DAN PERAKAUNAN KONVENSIONAL

Sistem karekteristik
Perakaunan konvensional
Perakaunan Islam
Prinsip asas
Ia merupakan ciptaan manusia dan boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

e.g. perakaunan berubah mengikut keadaan ekonomi semasa
Ia dibina berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Prinsip asas (e.g. keadilan) tidak boleh di ubah. Hanya cara memperakaunkan sahaja yang boleh diubah, bukan prinsip asas dan hukum-hukumnya. 
Kepentingan
Hanya tertumpu kepada kepentingan individu ataupun pemilik modal sesebuah syarikat.

e.g. kapitalis system – bersifat sekular iaitu mengutamakan keduniaan semata-mata.
Kepentingannya tidak terhad kepada pemilik modal sahaja, tetapi juga kepada masyarakat (yang meliputi semua umat). Ini jelas menunjukkan bahawa islam mementingkan semua makhluk yang ada dimuka bumi ini.
Etika
Berdasarkan kepada etika yang bersumberkan kepada hukum perdagangan masyarakat kapitalis moden. Ini bermaksud perakaunannya adalah melibatkan urusniaga yang haram disisi islam seperti riba dan judi.
Perakaunan islam berdasarkan kepada etika ynag sersumberkan Al-Quran dan Hadis. Urusniaga yang dijalankan mestilah mematuhi perundangan syariah dimana perniagaan yang haram seperti riba, judi, arak dan khinzir tidak boleh dijalankan. 
Pendedahan
Penyajian maklumat yang sangat terbatas. Pendedahan dibuat dengan tujuan pengguna akhir dapat membuat keputusan ekonomi. Laporan yang dibuat bersifat konservatif dalam menghadapi ketidakpastian.
Pendedahan menyeluruh(full disclosure) untuk memenuhi maklumat kewanagn yang sesuai dan Syariah dan memenuhi Islamic Corporate Report (ICR).
Keobjektifan
Meyakinkan pengguna bahawa perekodan yang dibuat dan penyata kewangan yang disediakan adalah boleh dipercayai dan sahih tetapi ia tidak mengambil berat hasil pendapatan samaada is diperolehi dari sumber riba dan kosnya pula tidak diyakini samaada ia dari rasuah atau kos-kos lain yang salah dari hokum agama.
Adalah menjadi tanggungjawab dalam menyediakan penyata kewangan dengan jujur dan sahih dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Segala kegiatan perusahaan dan urusniaga mestilah halal iaitu hasil pendapatan mestilah bukan dari sumber yang haram (e.g. riba dan judi)
Ketekalan
Dalam konsep ketekalan, penyata kewangan dicatat dan dilapor secara konsisten selaras dengan GAAP iaitu amalan-amalan yang diterima pakai di dalam perakaunan.
Perakaunan islam pula merekod dan melaporkan secara konsisten mengikut prinsip syariah.
Tempoh perakaunan
Disediakan untuk satu tempoh yang tertentu biasanya 12 bulan mengikut kalender masihi.
Disediakan dalam tahun hijrah untuk pungutan zakat.
Materialisme
Menekankan prinsip kepentingan relatif sebelum membuat sesuatu keputusan untuk merekod dan melapor. Contohnya, tidak mengambilkira amaun yang kecil (sen) yang dirasakan tidak memberi impak yang besar kepada penyata kewangan dan hanya meletakkan jumlah genap. Perkara ini dapat dilihat dalam penyediaan KKK dan penyata pendapatan. Mereka beranggapan bahawa perkara itu adalah remeh dan mengelirukan pengguna maklumat kewangan.
Menekankan prinsip kewajipan kepada Allah, masyarakat dan individu sebelum membuat sesuatu keputusan untuk merekod dan melapor. Dalam perakaunan Islam, syarikat akan melaporkan setiap jumlah yang digunakan atau diperolehi walaupun jumlah itu sangat kecil.

Sunday 29 May 2011

KURSUS PEMBINAAN BLOG





Tarikh; 30 Mei 2011
Masa ; 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Kursus pembinaan blog diadakan di PSS SMKTTJ dan makmal ICT. Kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pengurusan kurikulum/kokurikulum dan pengurusan HEM.Semua panitia terlibat dan setiap panitia disertai dengan seorang guru dan dua orang blogger yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Panitia Prinsip Perakaunan merupakan panitia di bawah Bidang Teknik dan Vokasional